pembuka bicara

dakwah

Friday, April 9, 2010

gilakah engkau??

Diriwayatkan bahawa Iman Az-Zahidi ingin membuktikan secara ilmu yakin tentang rezeki. Dia keluar ke hutan dan menuju sebuah gunung. Masuklah dia ke sebuah gua dan duduk di sebuah gunung itu. Dia berkata dalam hati, “Aku akan melihat bagaimana Allah akan memberiku rezeki di tempat ini.”

Ada sekumpulan orang yang tersesat jalan dan turunlah hujan dgn lebatnya. Mereka mencari tempat berlindung yang dapat mereka masuki. Akhirnya mereka masuk ke dalam gua itu yang di dalamnya terdapat Iman Az-Zahidi. Mereka melihatnya dan berkata: “Hai hamba Allah,” tetapi dia tidak menjawabnya.
Mereka berkata sesama kawannya: “Mungkin dia kesejukan sehingga tidak dapat berbicara.” Lalu mereka menyalakan api dekatnya untuk menghangatkan tubuhnya dan mereka mengajaknya berbicara. Tetapi dia tetap tidak menjawab.

Mereka berkata, “Mungkin dia seorang fakir yang kelaparan.” Maka mereka membawakan tempat makanan kepadanya dan mengisyaratkan supaya dia memakannya. Tetapi dia tidak mengambilnya sedikit pun.

Mereka berkata, “Ini pasti telah lama sekali dia tidak makan. Masaklah untuknya susu hangat agar dia mahu memakannya.” Mereka membuat manisan daripada gula dan memberikan kepada Iman Az-Zahidi, tetapi dia tetap tidak mahu menyentuhnya.

Mereka berkata, “gigi-giginya telah terkunci rapat.” Berdirilan 2 orang dari mereka dan mengambil sebilah pisau untuk membuka mulutnya. Mereka akhirnya dapat membuka mulutnya dan memasukkan sesuap makanan ke dalam mulutnya. Maka tertawalah Iman Az-Ziahidi.


Kedua orang yang menyuapi itu bertanya kepadanya, “gilakah engkau?”

Imam Az-Zahidi menjawab. “tidak. Tapi aku hanya ingin menguji Tuhanku dalam dalam masalah rezekiku. Sekarang aku benar-benar yakin bahawa Dia akan memberi rezeki kepada hamba-Nya dimana sahaja dia berada dan bagaimanapun keadaannya.”

No comments:

Post a Comment