pembuka bicara

dakwah

Friday, April 30, 2010

ku pasrah

Ku pasrah
Aku hanya mampu tersenyum..
Tersenyum apabila disampingmu..
Disamping sahabat yang mengerti perasaan aku…
Perasaan yang terluka,
Tetapi apabila dilukai,
Siapa yang mengerti perasaan ini..?
Aku terima…
Menerima suratan takdir…
Tetapi siapa yang sanggup menerima fitnah..
Apa salah aku..?
Akan tetapi aku pasrah
Aku anggap semua ini adalah ujian
Ujian dari Yang Maha Esa…
siapalah aku untuk bersuara,
Bersuara menyatakan keadilan,
Aku jua ada hak,
Namun mengapa hanya aku yang dipersalahkan,
Aku yakin,
Yakin dengan apa yang aku lakukan,
Tetapi andainya apa yang aku lakukan salah..
Salah dari pandanganmu,
Aku terima teguran,
Teguran yang membina,
Membina kearah kebaikan,
Seandainya diriku tidak layak untuk digelar SAHABAT,
Aku Redha dan pasrah,
Namun,
Mengertilah aku tetap menghormatimu…

salam

ape khabar sahabat2 ku?..

Wednesday, April 14, 2010

Cubaan

Hidup kita tak panjang, hidup di dunia ni hanya sementara, tapi byk perkara aku nk buat, nk beribadat kepada Allah, nak belajar, nak bekerja, nk jaga family, nk berkawan, nk diri disayngi, nk kahwin, nk ada keluarga sendiri, nk diri dicintai, mcm2 aku nk… tapi boleh ke?? Sempat ke aku nk sumer 2? Aku syg family aku, aku rindu umi, abah, adik2,, aku juga rindu saudara2 aku, rindu kwn2 aku, hidup aku semakin berubah.. hidup semakin mencabar, aku takut, aku tak mampu berdiri sendirian,, berdiri sendirian meneruskan kehidupan aku tanpa org yg aku sayangi dan aku percayai,,aku lemah tanpa pertolongan Mu ya Allah,, tolong lah aku, bimbinglah aku ke jalan yg benar, aku mohon pertolongan Mu, tunjukilah aku jalan yg terbaik yg perlu aku tempuhi.
shahida!!! Sedar lah,, bangun lah, bangkit lah.. tujulah ke jln yg benar.. jangan lalai,

ILMUAN ISLAM


Ilmuwan Islam: Al-Haitham saintis pertama merungkai rahsia imej penglihatan


SEORANG lagi ilmuwan Islam silam yang mempunyai sumbangan luar biasa dalam kemajuan tamadun manusia pada hari ini ialah Abu Ali, Hassan ibn Hassan Ibn al-Haitham atau di Barat dikenali dengan nama Alhazen, Avennathan, dan Avenetan.

Beliau dilahirkan pada 354 Hijrah (965 Masihi) di Basrah dan meninggal dunia pada 430 Hijrah (1039 Masihi) di Kaherah pada usia 74 tahun. Beliau dikenali sebagai saintis pertama.
Jika satu daripada kajian dan penyelidikannya tidak dibukukan dalam kitabnya al-Manazir (Book of Optics) pada 1021 Masihi, tamadun dunia harus mencari orang lain agar mereka boleh menemukan mikroskop dan teleskop daripada ahli sains Barat termasuk Johannes Kepler (w 1630M) yang datang 600 tahun sesudah Ibn al-Haitham. Dalam kitab Abjad al-Ulum karangan al-Qannuji jilid 2 muka surat 519 ditulis: (Ilm al-Manazir, Ilmu Optik) adalah satu ilmu yang dengannya diketahui sebab terbalik dalam penglihatan mata dengan cara mengetahui kejadiannya yang diasaskan kepada pengetahuan penglihatan menerusi garis sinar bahagian atas yang dilakukan orang yang melihatnya, manakala bahagian bawahnya terlihat kemudian berlaku sesuatu yang terbalik sehingga nampak besar benda yang dekat dan nampak kecil benda yang jauh.

Dalam perkataan lain, dengan menggunakan kaedah matematik dan moden fizik yang baik Ibn al-Haitham dapat membuat eksperimen teliti, beliau meletakkan optik pada batu asas yang kukuh. Beliau menggabungkan teori dan eksperimen dalam penyelidikannya. Dalam penyelidikan, beliau mengkaji gerakan cahaya, ciri bayang dan imej dan banyak lagi fenomena optik yang penting.

Beliau menolak teori Ptolemy dan Euclid yang mengatakan manusia melihat benda melalui pancaran cahaya yang keluar dari matanya. Menurut Ibnu Haitham, bukan mata memberikan cahaya tetapi benda yang dilihat memantulkan cahaya ke mata manusia.

Oleh kerana kehebatan Ibn al-Haitham menghuraikan optik, RL Verma dalam bukunya Al-Hazen: Father of Modern Optics, menjoloki Ibnu al-Haitham sebagai bapa optik moden. Rosanna Gorini dalam tulisannya Al-Haytham the Man of Experience, menyebut beliau pelopor metod ilmiah moden.

Kemudian dijelaskan lagi prinsip ilmu optik ini dan akhirnya al-Qannuji mengatakan: Ramai ilmuwan Greek yang menulis dalam ilmu ini dan ilmuwan Islam yang paling masyhur dalam ilmu ini ialah Ibn al-Haitham dan antara buku ringkas mengenainya ditulis Achedes, sedangkan buku yang sederhana ditulis Ali ibn Isa al-Wazir manakala yang panjang lebar ditulis Ibn al-Haitham. Beliau menulis buku ini selepas melakukan satu lakonan yang hanya beliau sendiri yang tahu sebab musababnya. Dikisahkan beliau dijemput pemerintah Dinasti Fatimiyyah, al-Hakim Amirillah ke Mesir untuk menyelesaikan masalah banjir Sungai Nil. Beliau dijemput kerana kemasyhurannya sebagai saintis ulung pada masa itu di Baghdad. Malangnya, beliau tidak boleh menyelesaikan tugas itu kerana kurang peralatan. Untuk menyelamatkan diri daripada kemurkaan al-Hakim beliau berpura-pura hilang ingatan sampai al-Hakim mangkat pada 1021 Masihi. Pada tahun itu juga buku al-Manazir selesai ditulisnya.

Ibn al-Haitham memiliki banyak karya. Beliau menulis tidak kurang 200 judul buku. Karya itu berhubung dengan ilmu fizik dan matematik, antara ilmu yang sangat dikuasainya dan hampir keseluruhan diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah.

Beiau dibesarkan di Basrah dan Baghdad, dua kota yang menjadi pusat ilmu pengetahuan Abbasiyah pada masa itu. Di sinilah beliau memulakan pendidikan awalnya sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya. Selepas beberapa lama berkhidmat, beliau merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Beliau melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan.

Keintelektualan Ibnu Haitham terbukti ketika menjadi pelajar dengan kecenderungan terhadap pelbagai ilmu. Beliau tidak jemu menimba ilmu sama ada agama atau ilmu matematik, fizik, astronomi, perubatan, falsafah dan mantik.

Ibn al-Haitham pernah ke Andalusia (Sepanyol), kiblat ilmu pengetahuan Eropah pada masa itu. Di sana beliau mempelajari bidang optik sehingga terkenal. Selama menetap di Mesir, Ibnu Haitham memperkukuh Universiti al-Azhar dan terus menyambung usaha ilmiahnnya dalam bidang yang cukup saintifik. Beliau turut menterjemahkan buku matematik dan falak ke bahasa Arab terutama daripada bahasa Latin.

Demikianlah Ibn al-Haitham sebagai saintis pertama dan jika Barat bersikap jujur, beliau sudah pasti disenaraikan dalam The Great Scientists.

Saturday, April 10, 2010

10 peringatan bumi

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r. a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

berjuang




"Perjuangan umat ini terbahagi kepada tiga perkara, iaitu berjuang menhadapi atau melawan musuh yg nampak, berjuang menghadapi syaitan dan berjuang menghadapi hawa nafsu" - Ar-Raghib al-Asfahani.
berjuang melawan hawa nafsu pun sgt penting kerana hawa nafsu lah yg paling dekat dgn kita, melawan hawa nafsu malas,byk tido, dan byk lagi perkara yg hanya mengikut hawa nafsu semata-mata..
ish3, padahal dh nk final exam ni, sy ni ada lgi perasaan malas, byk tidur plak 2..
mcm mane la nk berjaya, takde perubahan pn..
sy kne berjuang ni untuk melawan hawa nafsu, jika tidak penyesalan yg akan menyusul..
salam....
semoga berjaya wahai diriku dan sahabat2 ku yg ku syngi.

Friday, April 9, 2010

LOOK..



manusia boleh berubah, dari tidak baik kepada baik..
berubah menjadi insan yang terbaik..
berusahalah menjadi yang terbaik diantara yang terbaik..
terimalah teguran dari sesiapa pun..
kerana taguran itu salah satu cara untuk kita baiki diri kita..
wahai sahabat2.. semoga berjaya berubah kepada yg terbaik..
SALAM..

Tariq bin Ziyad: Penakluk Andalusia



Kedatangan Islam ke Andalusia (Sepanyol) bukan sahaja membawa cahaya tauhid malah membebaskan rakyat negara itu dari penindasan serta kezaliman. Ketika itu Sepanyol diperintah oleh Raja Roderic yang berbangsa Gothic. Dia dan orang-orangnya hidup penuh kemewahan sedangkan rakyat dibiarkan dalam kesengsaraan. Para petani dipaksa membayar cukai yang tinggi.

Kaum wanita terutama anak-anak gadis yang cantik berasa tidak selamat kerana sering diperkosa oleh Raja Roderic ataupun konco-konconya. Mereka yang cuba melawan dibunuh malah ada yang dibakar hidup-hidup. Akibat penindasan yang tidak berperikemanusiaan itu, rakyat hidup dalam ketakutan. Ramai antara mereka terpaksa melarikan diri ke Afrika, sebuah negara yang aman makmur di bawah pemerintahan kerajan Islam.

Panglima Julian iaitu Gabenor Ceuta, menaruh perasaan marah dan dendam kepada Raja Roderic kerana memperkosa Florida, puterinya yang cantik jelita. Bagi membalas dendam kepada raja yang zalim itu, dia berangkat ke Afrika lalu menghadap Musa bin Nusair, wakil khalifah Islam di Afrika. Julian meminta bantuan tentera Islam bagi menumbangkan pemerintahan Raja Roderic.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, Musa bin Nusair segera mempersiapkan sebuah angkatan perang seramai 12 belas ribu orang bagi menawan Andalusia (Sepanyol) serta membebaskan rakyat negara itu daripada penindasan. Dia melantik Tariq bin Ziyad bagi memimpin angkatan perang itu.

Dengan menaiki 12 buah kapal perang, tentera islam menuju ke benua Eropah itu. Selepas mendarat di Andalusia, Tariq bin Ziyad segera memerintahkan kapal-kapal perang yang mereka naiki dibakar. Pada mulanya, tindakan itu mendapat bantahan daripada sebahagian besar tentera Islam. Mereka menganggap perbuatan itu kurang siuman dan bertentangan dengan hukum Islam yang melarang merosakkan harta benda awam. Apatah lagi, kapal perang kepunyaan mereka sendiri. Mereka juga mempersoalkan bagaimana hendak pulang ke tempat asal apabila kapal yang mereka naiki sudah dibakar.

Untuk memecahkan kebuntuan tenteranya, Tariq bin Ziyad segera mengumpulkan tenteranya di sebuah bukit yang kini dikenali nama Gibraltar (Jabal Tariq) lalu Tariq bin Ziyad berucap dengan ucapannya yang terkenal sehingga ke hari ini,
"Wahai saudara-saudaraku, di belakang kita laut, dihadapan kita musuh. Kita tidak dapat melarikan diri. Demi Allah, kita datang ke sini bagi syahid ataupun mencapai kemenangan. Dan kita tidak akan pulang sebelum mencapai matlamat itu!"
Kata-kata keramat Tariq bin Ziyad itu berjaya meniupkan kambali semangat jihad di kalangan tentera Islam. Dengan semangat yang berkobar-kobar mereka mara menentang tentera Raja Roderic yang berjumlah 100 ribu orang.

Tariq bin Ziyad asalnya seorang hamba atau budak suruhan milik Musa bin Nusair. Dia akhirnya dilantik oleh Musa bin Nusair menjadi pembantunya kerana mempunyai sifat-sifat yang terpuji. Seterusnya diberi kepercayaan memimpin 12 ribu tentera Islam ke Andalusia. Pada mulanya tujuan penghantaran tentera adalah bagi meninjau keadaan tempat dankekuatan musuh sebagai persediaan menunggu ketibaan tentera yang akan dipimpin oleh Musa bin Nusair. Tetapi Tariq bin Ziyad berfikiran sebaliknya. Dia menganggap mereka Andalusia demi mati syahid ataupun mengalahkan musuh. Oleh itu, dia sanggup membakar kapal perang yang mereka naiki supaya tentera Islam di bawah pimpinannya tidak bercita-cita untuk pulang ke tanah air.

Pada 19 Julai 711 masihi, terjadilah pertempuran antara tentera islam yang dipmpin oleh Tariq bin Ziyad dengan tentera Gothic yang dipimpin oleh Raja Roderic. Peristiwa itu berlaku berhampiran dengan sungai Barbat kerana di situlah tentera Gothic berkumpul bagi menghalang kemaraan tentera Islam. Walaupun pasukan tentera Islam jauh lebih kecil berbanding musuh ditambah pula dengan kelengkapan senjata yang serba kekurangan namun dengan semangat jihad yang membakar dalam diri, mereka berjaya memberi pukulan hebat kepada musuh. Akhirnya, tentera Gothic tewas dan Raja Roderic mati lemas di sungai Barbat ketika cuba melarikan diri.

Kekalahan itu amat memalukan tentera Gothic lalu mereka mengumpul semula kekuatan bagi mengusir tentera Islam daripada tanah air mereka. Tetapi tentera Islam bertambah kuat dengan kedatangan tentera tambahan dari Afrika yang dipimpin sendiri oleh Musa bin Nusair.

Kemudian terjadilah satu lagi pertempuran paling sengit di Ecija. Dalam pertempuran itu, tentera yang dipimpin oleh Tariq bin Ziyad bergabung dengan tentera yang dipimpin oleh Musa bin Nusair. Dan sekali lagi tentera Islam mencapai kemenangan. Tariq bin Ziyad belum berpuas hati dengan kemenangan itu. Dengan persetujuan Musa bin Nusair, tentera Islam dibahagikan kepada empat pasukan sebelum dihantar ke Cordoba, Malaga dan Granada. Tariq bin Ziyad sendiri memimipin pasukan utama menuju ke Toledo, ibu kota Andalusia. Keempat-empat kota itu dapat ditakluki dengan mudah oleh tentera Islam tanpa mendapat tentangan sengit.
Antara faktor kejayaan gemilang tentera Islam di Andalusia kerana rakyat negara itu sememangnya sudah benci dengan pemerintahan Raja Roderic yang zalim. Oleh itu, kedatangan tentera Islam dianggap sebagai penyelamat malah ada yang sanggup bergabung dengan tentera Islam bagi memerangi tentera Gothic.

Rakyat Andalusia yang sekian lama hidup menderita di bawah kekuasaan tentera Gothic tertarik dengan dengan kebaikan perilaku tentera Islam. Seorang ahli sejarah Philip K.Hitti berkata,
"Penaklukan Sepanyol merupakan perjuangan pertama dan terakhir yang paling sensasi bagi bangsa Arab. Mereka berjaya menakluki wilayah Eropah yang paling luas ke dalam kekuasaan Islam."

Penaklukan Andalusia oleh orang-orang Islam mendorong timbulnya revolusi sosial di mana kebebasan beragama benar-benar diakui. Rakyat Andalusia yang sudah lama menderita akibat penindasa digantikan dengan kebaikan pemerintahan Islam.

Rakyat tidak lagi merasa tertindas dan harta mereka terpelihara. Paderi-paderi Kristian yang pada mulanya menyembunyikan diri kerana khuatir dengan tindak balas orang-orang Islam kembali semula ke kampung halaman bagi memulakan kehidupan baru di bawah kekuasaan Islam yang adil.

Tariq bin Ziyad bercadang hendak menakluk seluruh Eropah. Tetapi manusia cuma merancang, Allah yang menentukan. Ketika persiapan sedang giat dilakukan, tiba-tiba Tariq bin Ziyad diperintahkan oleh khalifah kembali ke Damsyik. Sebagai panglima tentera yang berdisiplin, dia mematuhi arahan itu. Niat mahu menakluki Eropah terpaksa dibatalkan. Tariq bin Ziyad maninggal dunia di Damsyik. Namanya tercatat dalam sejarah sebagai panglima yang menggerunkan pasukan tentera Sepanyol di bawah pimpinan Raja Roderic. Hingga kini, Gibraltar atau asalnya Jabal Tariq yang bermakna Bukit Tariq masih abadi di Andalusia, Sepanyol.

Atas usahanya, kerajaan Islam al-Andalus bertapak di Sepanyol selama 781 tahun. Di Sepanyol beliau telah menjadi legenda sehingga digelar "Tariq El-Tuerto" yang bermaksud "Tariq bermata satu". Semoga Allah merahmatinya. Amin.
sumber ; iluvislam...

sahabat...




Sahabat, tiada apa yg boleh ku perkatakan selain ku rindu padamu, ku sayang pd mu. Menitis air mata ku bila mengenangkan kenangan kita bersama, banyak cerita yg kita kongsikan bersama.. kemesraan kita telah menjadi kenangan..

Hubungan persahabatan yg kita bina dahulu telah menjadi pudar,tawar.. kenapa boleh jadi macam ni,? Ku tidak mengerti kenapa.. adakah ku tidak sesuai bersahabat dgn mu???

Banyak tanda Tanya yg bermain di fikiran ku ini.. Tp, ku sgt2 berharap, hubungan kita tidak putus, walaupun dah lama kita tidak bertanya khabar. Sedih hati ini bila ku bayangkan wajah mu.. Wajah ceria mu kini telah hilang di fikiranku… Ku tidak sanggup kehilangan mu…Walaupun kita berjauhan, namun kau tetap di hatiku…

Berikanlah ku sinar harapan agar ku kembali ceria seperti dulu… luahan hati ini telah menyedarkan ku bahawa ku sgt sayang padamu. Ku tidak mahu kehilangan mu. Tidak mahu kehilangan sahabat seperti mu…. Yg dapat menceriakan hidup ku…. Luahan hati yg sedih…

gilakah engkau??

Diriwayatkan bahawa Iman Az-Zahidi ingin membuktikan secara ilmu yakin tentang rezeki. Dia keluar ke hutan dan menuju sebuah gunung. Masuklah dia ke sebuah gua dan duduk di sebuah gunung itu. Dia berkata dalam hati, “Aku akan melihat bagaimana Allah akan memberiku rezeki di tempat ini.”

Ada sekumpulan orang yang tersesat jalan dan turunlah hujan dgn lebatnya. Mereka mencari tempat berlindung yang dapat mereka masuki. Akhirnya mereka masuk ke dalam gua itu yang di dalamnya terdapat Iman Az-Zahidi. Mereka melihatnya dan berkata: “Hai hamba Allah,” tetapi dia tidak menjawabnya.
Mereka berkata sesama kawannya: “Mungkin dia kesejukan sehingga tidak dapat berbicara.” Lalu mereka menyalakan api dekatnya untuk menghangatkan tubuhnya dan mereka mengajaknya berbicara. Tetapi dia tetap tidak menjawab.

Mereka berkata, “Mungkin dia seorang fakir yang kelaparan.” Maka mereka membawakan tempat makanan kepadanya dan mengisyaratkan supaya dia memakannya. Tetapi dia tidak mengambilnya sedikit pun.

Mereka berkata, “Ini pasti telah lama sekali dia tidak makan. Masaklah untuknya susu hangat agar dia mahu memakannya.” Mereka membuat manisan daripada gula dan memberikan kepada Iman Az-Zahidi, tetapi dia tetap tidak mahu menyentuhnya.

Mereka berkata, “gigi-giginya telah terkunci rapat.” Berdirilan 2 orang dari mereka dan mengambil sebilah pisau untuk membuka mulutnya. Mereka akhirnya dapat membuka mulutnya dan memasukkan sesuap makanan ke dalam mulutnya. Maka tertawalah Iman Az-Ziahidi.


Kedua orang yang menyuapi itu bertanya kepadanya, “gilakah engkau?”

Imam Az-Zahidi menjawab. “tidak. Tapi aku hanya ingin menguji Tuhanku dalam dalam masalah rezekiku. Sekarang aku benar-benar yakin bahawa Dia akan memberi rezeki kepada hamba-Nya dimana sahaja dia berada dan bagaimanapun keadaannya.”

remaja...oh remaja

REMAJA


Dunia oh dunia,
Dunia adalah padang yang luas,
Di mana Adam dan Hawa diturunkan,
Ada di dalamnya berbagai cerita,
Ada di dalamnya berbagai angkara.

Dunia tempat insan mengembang zuriat,
Di sinilah anda mengejar segala kehidupan,
Awaslah dengan kehidupan ini,
Jika anda ditelan mala petaka.

Belajarlah mengenal diri,
Belajarlah mengenal Ilahi,
Belajarlah menjadi insan terpuji.
Jika tidak….
Anda akan rugi selamanya.

Dunia ini penuh ranjau dan dugaan,
Dunia ini penuh tipu daya dan syaitan,
Jangan anda lalai tanpa tujuan.
Kerana dunia yang indah ini…
Adalah persinggahan sementara untuk insane,
Dunia yang indah ini adalah ujian.

Mereka yang beramal soleh,
Akan peroleh kebajikan.
Mereka yang taat kepada ALLAH,
Akan peroleh kebajikan,,,,,
Dan kemenangan.

Jangan anda lalai dgn warna-warna dunia,
Jgn anda leka dgn keasyikan dunia.
Kerana dunia akan berakhir juga.
Dunia akan punah juga,
Dan insan yg setia,
Akan mendapat balasan syurga,
Di dunia yg lebih abadi iaitu akhirat.

Tidak perlu anda bawa kemewahan,
Jika anda menemui kematian,
Hanya amalan yg soleh,
Amal jariah dan anak-anak soleh,
Yang mendoakan ibu bapanya,
Untuk ketenteraman di akhirat.

Wahai remaja!!
Jadilah insan yg soleh,
Jadilah muslim yg taat,
Jadilah anak yg berguna,
Jadilah warga setia,
Dan jadilah islam,
Yg mendapat keuntungan di dunia,
Dan di akhirat….
Ingatlah dunia hanya sementara,
Berbaktilah sebelum terlena…